Hartanah - Pelaburan Jangka Panjang (Dipetik dari Harian Metro)
Menghadapi krisis kewangan meyaksikan keadaan pasaran saham yang sentiasa tidak menentu, sekali gus menyebabkan risiko pelaburan kepada para pelabur.
Oleh itu pelabur perlu berubah kepada pelaburan yang lebih jitu dan satu daripadanya ialah pelaburan dalam bentuk aset berasaskan tanah.
Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli tanah yang disifatkan sebagai suatu pelaburan yang lebih kukuh.
Ini kerana apabila pasaran saham menjunam dan saham merudum pada paras yang rendah, tanah dan produk berasaskan tanah akan menawarkan harga yang lumayan. Risiko turun naik dalam pelaburan hartanah juga kurang berbanding pasaran saham.
Bagi pelabur yang kurang mahir hendak mencari sumber tanah untuk dibeli, dinasihatkan menggunakan khidmat perunding hartanah untuk mengesan tapak dan projek strategik serta menguntungkan.
Pasaran hartanah diyakini kekal berdaya saing dan mendapat sambutan walaupun berdepan ekonomi tak menentu dengan syarat lokasinya di tempat baru dan strategik.
Bagi yang gemar membeli hartanah lelong perlu diingatkan ia bukannya mudah kerana banyak yang perlu dihadapi seperti kos penyelenggaraan tertunggak, lokasi kurang strategik dan masalah pemilik dan pihak bank.
Bagaimanapun pembelian hartanah lelong mampu memberikan keuntungan kerana harganya jauh lebih rendah daripada harga pasaran
Bagi pemilik hartanah melelong adalah pilihan terakhir untuk menjual hartanah yang mahu dilepaskan dalam tempoh yang singkat.
Melalui jualan lelong pemilik dapat menjimatkan masa menjual aset mereka dan memperolehi wang dalam jangka masa singkat.
Malah ada hartanah yang tidak dapat dijual dapat dijual dengan harga tertinggi dalam jualan lelongan.
No comments:
Post a Comment